? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, March 30, 2010

mari belajar bahasa arab...

Bahasa Arab Untuk Semua


Oleh: Nur Atikah Abdullah

Ramai dikalangan kita terutamanya mahasiswa USIM pada hari ini pernah mempelajari bahasa arab kerana ianya menjadi syarat wajib kepada bakal mahasiswa yang ingin melanjutkan pelajaran ke universiti ini. Walaubagaimanapun kebanyakan daripada kita masih ada yang mengeluh mengatakan bahawa tidak dapat menguasai secara menyeluruh untuk berbahasa Arab.Pelbagai persoalan yang muncul di benak fikiran mengapa kebanyakan daripada kita tidak dapat menguasai bahasa ini dengan baik.Mungkin bahasa ini yang terlalu susah atau kita sendiri yang tidak mahu membiasakan penggunaannya.Semua jawapan ada p-ada diri masing-masing.

Secara umumnya,mempelajari bahasa arab adalah mudah jika kita tahu teknik dan kaedah yang betul serta sesuai untuk mempelajarinya dan tidak mustahil untuk kita mahir dalam Bahasa Arab.Saya percaya kebanyakan mahasiswa USIM membaca Quran hampir setiap hari. Bayangkan setiap hari kita membaca Al-Quran, tanpa kita sedari kita telah menyebut sehingga berpuluh-puluh sehingga ratusan perkataan dalam Bahasa Arab tanpa kita sedari kerana bahasa Al-Quran merupakan Bahasa Arab. Alangkah bagus dan indahnya sambil membaca Al-Quran sambil kita mengenal Bahasa Arab. Itu pada peringkat awal untuk kita mengenal Bahasa Arab, seharusnya kita perlu ada pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai untuk kita mempelajari Bahasa Arab secara lebih mendalam dan mudah.

Bahasa Arab seperti juga bahasa-bahasa lain mempunyai empat proses pembelajaran kemahiran, iaitu pendengaran, pembacaan, penulisan dan pertuturan (komunikasi). Antara empat proses ini, pertuturan (komunikasi) adalah satu elemen terpenting untuk menguasai kemahiran berbahasa Arab. Ia adalah satu perantaraan yang paling berkesan bagi setiap individu untuk menyampaikan idea yang berbentuk lisan. Penguasaan seseorang terhadap Bahasa Arab bermakna kebolehan atau kewibawaannya untuk bertutur dan berkomunikasi dalam Bahasa Arab secara spontan. Tanpa keupayaan ini, maka proses komunikasi dan interaksi antara individu dan masyarakat tidak akan terlaksana dengan sempurna.

Golongan yang wajib menguasai bahasa ini ialah umat Islam. Ini kerana panduan utama umat Islam adalah al-Quran dan al-hadis. Kedua-dua sumber ini adalah dalam bahasa Arab. Bagaimana seseorang itu dapat menterjemahkan kehendak Allah dan rasul-Nya dalam kehidupan seharian tanpa memahami isi kandungannya.

0 comments: