? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Sunday, March 28, 2010

tanda-tanda kematian...

renungilah bersama...

Tanda-Tanda Kematian .

100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya

akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.

Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma

samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku

lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut

sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika

diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut

seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar

dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka

getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan

kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau

mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal

kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang

munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah

peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk

mempersiapkan diri dengan amalan dan

urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita

akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita

akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka

malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat

persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti

kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan

memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka

yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk

mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan

musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba

ianya berselera untuk makan.

3 hari

 
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu

diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah

kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini

akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini

juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit

hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita

melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian

hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang

terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari

 
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan

di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita

tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di

bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke

bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah

dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput

kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan

sekarang akan mematikan pula.



komen saya...

 
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita

adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi

kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat

membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah

SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang

kita. Walau bagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa

lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati

seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa

dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah

ketentuan Allah SWT semata-mata.
Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi

hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan

tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah

SWT samada di dunia mahupun akhirat.
Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan

silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

moga-moga setiap dari kita akan diampuni Allah dan diberkati hidup dan

mati hingga dapat mempersiap sediakan bekalan untuk hari kemudian nanti.

Bacalah kandungan ini agar dapat menjadi ingatan kepada kita semua.

Insyallah..

mulalah bertaubat, yang masih malas sembahyang ubahlah sikap kalian kerana umur kita

semakin hari semakin meningkat bukannya semakin berkurang. Rezeki dicari biarlah betul-betul halal.

Biar sesal dahulu jangan sesal kemudian. Saya berpesan kepada diri

saya sendiri dan berharap sahabat saya semua begitu juga. Cubalah

kita ingat mengingat sesama kita selagi  termampu.



0 comments: