? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, March 29, 2010

pengajaran buat remaja di luar sana...

SAYA berusia 24 tahun dan mempunyai teman lelaki bernama Amin (bukan nama sebenar).


Dia sangat baik terhadap saya dan keluarga. Hubungan kami sudah lama terjalin dan keluarga saya menyukainya serta terhutang budi kepadanya.

Pada mulanya hubungan kami sangat baik dan mesra. Namun, dia pernah berlaku curang terhadap saya dengan menjalinkan hubungan sulit dengan perempuan lain. Perkara itu sudah dua kali berulang, tetapi saya tetap bersabar kerana kami pernah terlanjur.

Perkara itu terjadi tanpa kerelaan hati saya. Namun, kerana budi saya terpaksa korbankan maruah saya.

Apabila saya bertanyakan mengenai kahwin jawapan dia, belum bersedia dan tiada duit.

Saya takut untuk memutuskan hubungan ini kerana kami pernah terlanjur.

Dia juga pernah berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Kawan-kawan juga ada yang tidak menyukai hubungan kami. Namun, kerana sayang dan budi, saya terpaksa sabar.

Apabika minta putus, ibu pula menghalang saya untuk berbuat sedemikian.

Baru-baru ini, saya berkenalan dengan seorang lelaki bernama Johan (bukan nama sebenar).

Dia betul-betul ikhlas berkawan dengan saya dan sanggup menerima saya.

Pada mulanya, saya hanya menganggap dia kawan. Dek kerana hubungan kami semakin rapat, saya memberanikan diri menceritakan kisah silam dan segala masalah yang dihadapi kepadanya.

Johan pula tidak pernah mengambil kesempatan dan sanggup berkahwin dengan saya.

Bagaimanapun, hubungan kami tidak diterima keluarga kerana saya sudah ada Amin.

Kerana budi, saya terpaksa menerima Amin, tetapi pada masa yang sama, saya menyayangi Johan. Amin mengetahui hubungan saya.

Saya amat tertekan dengan masalah ini dan tidak tahu bagaimana menjelaskan keadaan sebenar kepada keluarga.





my comments....


Dunia semakin sampai ke hujungnya.. Bertaubatlah segera…….
Kekurangan ilmu adalah salah satu punca kejadian seperti ini.. mmmm
Saya rasa apa yg perlu dilakukan hanyalah kembali ke undang2 asal ….

Undang-undang ISLAM..

0 comments: