Sunday, March 28, 2010
tanda-tanda kematian...
Posted by eka at 11:45 PM 0 comments
Thursday, March 25, 2010
Renungilah..
Wajah mayat berubah menjadi himar.
"Dalam terik panas mentari yang memancar menyinari tanah Baitul Haram, seorang ulama zuhud yang bernama Muhammad Abdullah al-Mubarak keluar dari rumahnya untuk menunaikan ibadah haji. Di sana dia leka melihat seorang pemuda yang asyik membaca selawat dalam keadaan ihram. Malah di Padang Arafah dan di Mina pemuda tersebut hanya membasahkan lidahnya dengan selawat ke atas Nabi. "Hai saudara," tegur Abdullah kepada pemuda tersebut. "Setiap tempat ada bacaannya tersendiri. Kenapa saudara tidak membanyakkan doa dan solat sedangkan itu yang lebih dituntut? Saya lihat saudara asyik membaca selawat saja."
"Saya ada alasan tersendiri," jawab pemuda itu. "Saya meninggalkan Khurasan, tanahair saya untuk menunaikan haji bersama ayah saya. Apabila kami sampai di Kufah, tiba-tiba ayah saya sakit kuat. Dia telah menghembuskan nafas terakhir di hadapan saya sendiri. Dengan kain sarung yang ada, saya tutup mukanya. Malangnya, apabila saya membuka semula kain tersebut, rupa ayah saya telah bertukar menjadi himar. Saya malu. Bagaimana saya mahu memberitahu orang tentang kematian ayah saya sedangkan wajahnya begitu hodoh sekali?
"Saya terduduk di sisi mayat ayah saya dalam keadaan kebingungan. Akhirnya saya tertidur dan bermimpi. Dalam mimpi itu saya melihat seorang pemuda yang tampan dan baik akhlaknya. Pemuda itu memakai tutup muka. Dia lantas membuka penutup mukanya apabila melihat saya dan berkata, "Mengapa kamu susah hati dengan apa yang telah berlaku?" "Maka saya menjawab, "Bagaimana saya tidak susah hati sedangkan dialah orang yang paling saya sayangi?"
"Pemuda itu pun mendekati ayah saya dan mengusap wajahnya sehingga ayah saya berubah wajahnya menjadi seperti sediakala. Saya segera mendekati ayah dan melihat ada cahaya dari wajahnya seperti bulan yang baru terbit pada malam bulan purnama. "Engkau siapa?" tanya saya kepada pemuda yang baik hati itu. "Saya yang terpilih (Muhammad)." "Saya lantas memegang jarinya dan berkata, "Wahai tuan, beritahulah saya, mengapa peristiwa ini boleh terjadi?"
"Sebenarnya ayahmu seorang pemakan harta riba. Allah telah menetapkan agar orang yang memakan harta riba akan ditukar wajahnya menjadi himar di dunia dan di akhirat. Allah telah menjatuhkan hukuman itu di dunia dan tidak di akhirat. "Semasa hayatnya juga ayahmu seorang yang istiqamah mengamalkan selawat sebanyak seratus kali sebelum tidur. Maka ketika semua amalan umatku ditontonkan, malaikat telah memberi tahu keadaan ayahmu kepadaku. Aku telah memohon kepada Allah agar Dia mengizinkan aku memberi syafaat kepada ayahmu. Dan inilah aku datang untuk memulihkan semula keadaan ayahmu.""
My comment...
kepada pemakan riba di luar sana...insaf2lah...mungkin anda merasa untung dan nikmatnya di dunia ini..tetapi di akhirat nanti,tuggula pembalasan dariNya...perbanyakkanlah selawat ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W kerana hanya baginda yang mampu memberi syafaat kepada kita nanti...sekali kita selawat ke atas baginda,malaikat akan berselawat 10x ke atas kita..betapa bertuahnya menjadi umat nabi Muhammad..alhamdulillah..
Posted by eka at 11:13 PM 0 comments
Fikir-fikirkanlah...
Tujuh perkara ganjil.
Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."
" Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.
Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"
Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu." " Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.
" Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."
" Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu. " Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.
" Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," " Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.
" Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."
Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua'lam..
My comment...
seram sejuk apabila saya terbaca kisah di atas..semoga menjadi peringatan buat diri saya dan teman-teman diluar sana...semoga kita tergolong dalam golongan yang terakhir..amiin...solat adalah tiang agama..apabila solat diabaikan,maka hancurlah agama kita...ibarat sebuah rumah yang tidak bertiang...fikir-fikirkanlah...luangkanlah hanya 5 minit untuk solat..
Posted by eka at 11:05 PM 0 comments
bacalah kisah2 teladan ini sahabatku...
semoga menjadi pedoman buat kita semua...Amiin..
Rasulullah SAW dengan sebiji limau.
"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya." Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.
my comment...
lihatlah kawan2ku....betapa hebatnya akhlak rasul junjungan kita...sampaikan begitu sekali dia menjaga hati orang lain walaupun wanita tersebut adalah orang kafir...itulah yang dinamakan dakwah secara tidak langsung yang sepatutnya diikuti oleh umat islam zaman sekarang..walaupun wanita itu berniat jahat,tetapi akhirnya dia yang malu sendiri..betapa tingginya akhlak rasulullah...
Posted by eka at 10:56 PM 0 comments
all about my lecturers
1. En. zaki
Hmmm....seorang pensyarah yang kelakar dan yang paling penting,dia baik hati sangat-sangat and for your information,dia baru kawin tahun lepas..kira pengantin baru lagila tu kan...isteri dia pun cun..memang puas hatila en zaki dapat bini dia...tahniah2...time dia mengajar plak,memang sporting sangat2...dia ikut je kepala kitorang...terlambat hantar assignment pun dia boleh kompromi lagi..memang best la lec ni....dia jugak seorang yang banyak idea and banyak cakap,sesuai sangatla ngan bidang PR yang dia amik tu..
2. Madam Ella.
bersifat keibuan sangat2...bila borak2 ngan dia,rasa macam borak ngan mak sendiri.Dia layan kitorang macam kawan-kawan dia je..tu la kelebihan dia..yang paling saya kagum,body dia still slim walaupun dah ada anak 2,cantik plak 2..memang tabikla bab2 dia jaga badan.Dia pun sporting sangat2 macam en zaki.he2..tu yang best sangat pasal lec2 comm ni..anak madam lak mmg cute-mute la..geram tol tengok anak-anak dia..
3.Cik Surya
lec yang sorang ni pun best gak...lesung pipit kat pipi mmg comel sangat..dia belum kawin lagi tau...sape cepat dia dapat...he2..dia ni mmg happy go lucky...selalu tengok dia senyum je..suka gurau2 ngan student2 dia..memang kamceng la ngan kitorang.
4. En. Zainol
yang sorang ni tutor kitorang..kelebihan yang saya nampak pada dia,dia seorang yang bijak..bila bercakap,dia sangat berkeyakinan sampaikan kita yakin sangat2 ngan dia..time mengajar lak,dia selalu masuk class on time..kalau class kul 3ptg,kul 3 mesti dia ada dalam class..mmg tabikla ngan beliau...tak lama lagi confirm jadi lec plak..
inilah serba sedikit cerita pasal lec2 com...banyak lagi cite2 best pasal diorang ni...tunggu sambungannye nanti...
Posted by eka at 10:38 PM 0 comments
Monday, March 15, 2010
my father is my..........
Ketika berjauhan,
Masih kurasa hangat kasihmu ayah.
Betapa kurindukan redup wajahmu,
Hadir menemaniku.
Mungkin ramai yang tersentuh apabila mendengar lirik lagu ini.Ku lihat ramai kawanku yang tinggal berjauhan akan mengalirkan air mata kesayuan tatkala mendengarkan bait-bait lagu ini.Tetapi berlainan sekali bagi diriku.Ungkapan ‘My dad is my hero’ yang selalu ku dengar daripada rakan-rakanku amat bertentangan sekali dengan diriku.Aku tidak pernah tersentuh apabila mendengar bait-bait lagu di atas apatah lagi untuk mengecap nikmat kasih seorang ayah sejakku dilahirkan.Bagiku istilah ‘ayah’ tiada langsung di dalam kamus hidupku,bahkan aku sangat fobia mendengar perkataan tersebut.Aku tidak pernah merasa sekalipun setitis kasih dari beliau semenjak aku dilahirkan.Tidak sedikitpun aku berniat untuk memburuk-burukkan insan yang memiliki syurgaku,tetapi cukup untuk dijadikan iktibar buat ayah-ayah di luar sana supaya menjadi yang terbaik untuk anak-anak mereka.Kepada mereka yang senasib denganku,ambillah iktibar dari kesilapanku ini.Aku juga banyak melakukan kesilapan terhadap beliau.
Aku tidak mahu menjelaskan bagaimana sifat ayahku,tetapi kuharapkan pengertian dari kalian di dalam coretanku ini.Setelah bercerai dengan ibuku,ayahku berkahwin seramai empat orang.Selepas berkahwin lain,ayahku langsung tidak mengirim wang nafkah untuk ibuku dan adik-beradikku yang seramai sembilan orang sedangkan beliau mempunyai harta yang banyak.Beliau mewarisinya daripada arwah bapa beliau yang sememangnya kaya-raya.Aku hampir-hampir berhenti sekolah pada waktu itu kerana tidak mempunyai wang yang cukup untuk membayar yuran persekolahan.Abang-abangku pada waktu itu juga masih lagi belajar dan kesemuanya belum lagi bekerja.Masihku ingat setelah bertahun menghilang tanpa khabar berita,beliau akhirnya datang menjenguk kami.Itupun cuma singgah sebentar kerana rumahku kebetulan satu laluan ke rumah kawan beliau.Yang teramat mengecewakanku,sebaik sahaja aku pulang dari sekolah,ayahku bertanya kepada abang sulungku tentang siapa aku sedangkan beliau dapat mengenali adik bongsuku.Ketika itu aku merasakan betapa luluhnya hatiku apabila seorang ayah tidak mengenali darah dagingnya sendiri.Selepas dia mengetahui siapa aku,dia langsung tidak menyapaku bahkan dia berlalu begitu sahaja.Ku teruskan langkah ke kamar dengan linangan air mata.Selepas dari kejadian tersebut,aku menjadi semakin fobia terhadap insan yang bergelar ayah.Pernah suatu masa dahulu,aku mengisi borang permohonan ke sekolah menengah dan aku langsung tidak menulis bintiku di dalam borang tersebut.Akibat dari kejadian itu,aku mengalami masalah untuk masuk ke sekolah tersebut kerana namaku yang tidak lengkap.Mujur ada seorang ustaz yang sanggup menolongku untuk masuk ke sekolah tersebut.
Selang sebulan selepas menjenguk kami,ayahku datang sekali lagi ke rumah.Kali ini kedatangan beliau bukan untuk menziarahi kami adik-beradik tetapi untuk menghalau kami sekeluarga dari rumah tersebut yang sememangnya atas nama beliau.Punca kejadian tersebut adalah kerana abangku tidak dapat memenuhi permintaannya yang memerlukan wang sebanyak RM25ribu.Tidak dapat aku bayangkan bagaimana seorang ayah yang tidak pernah memberikan wang kepada anak-anaknya tetapi tergamak meminta wang dari seorang anak yang masih lagi belajar.Ekoran dari kejadian itu,kami sekeluarga berpindah dan menyewa sebuah rumah sederhana besar di suatu tempat yang tidak jauh dari rumah asal kami.Ibuku adalah insan yang paling kecewa di dalam hal ini.Ku lihat air matanya gugur di saat kami melangkah keluar dari rumah yang pernah memberikan kenangan manis kepada beliau.Saat itu juga air mataku turut mengalir kesedihan dan ku tanamkan tekad di dalam hati,akanku berikan yang terbaik kepada ibuku suatu hari nanti.Tetapi amat sayang sekali,ibuku pergi terlalu awal sebelum sempat aku kotakan janjiku itu.Mungkin tuhan tidak mahu melihat beliau mengalirkan air mata lagi disebabkan oleh insan yang pernah bergelar suami.
Masihku ingat lagi tarikh 27 Januari 2000 dimana abangku yang kelima dimasukkan ke hospital kerana sakit tenat disebabkan suatu penyakit.Doktor memaklumkan bahawa abangku tidak akan dapat bertahan lama lagi.Abang sulungku memaklumkan perkara ini kepada ayahku supaya beliau datang menziarahi abangku sebelum dia pergi buat selama-lamanya,tetapi jawapan yang diterima amat melukakan kami sekeluarga.Beliau langsung tidak menjejakkan kaki ke hospital,sebaliknya beliau pergi ke Thailand untuk berkahwin dengan isteri yang keempat yang sebaya dengan kakakku.Betapa kecewanya abangku yang terlantar sakit di hospital.Selepas sebulan berkahwin dengan isteri barunya itu,ku dengar beliau telah menukarkan hak milik semua hartanya itu ke atas nama bini barunya sedangkan kami adik-beradik terpaksa berhutang di sana sini untuk meneruskan kehidupan.
Masih dapat ku rasakan seksanya hingga ke hari ini apabila abang sulungku yang belajar dalam jurusan perubatan di Universiti Sains Malaysia terpaksa berhenti kerana beliau perlu bekerja untuk menyara adik-adiknya yang masih lagi kecil.Itulah abangku,itulah ayahku.
Selepas setahun dari kejadian kami dihalau,rumah tersebut dijilat api.Semuanya hancur musnah ketika itu,Ayahku yang berada di dalam rumah ketika kejadian itu sempat menyelamatkan diri.Beliau hanya mampu melihat tanpa mampu berbuat apa-apa kerana api yang marak menyala.Mungkin tuhan mahu memberikan balasan pada hambanya yang lalai di dunia ini.Ayahku langsung tidak mengambil apa-apa iktibar dari kejadian tersebut.Katanya itu hanya kemalangan biasa yang boleh terjadi di mana-mana sahaja.Aku selalu berdoa agar beliau sedar dari kekhilafan beliau itu.
Suatu hari,aku pergi menziarah kawanku yang sakit di rumahnya.Apabila sampai di rumahnya,ku lihat ayahnya yang bersusah-payah menjaganya.Menyediakan ubat untuknya,menyuapkan makanan dan sebelum ayahnya keluar pergi bekerja,dia akan menyalami ayahnya sedangkan aku,sekalipun aku tidak pernah menyentuh tangan ayahku sendiri.Aku meminta diri ke bilik air kerana aku tidak mahu kawanku melihat mataku yang sudah mula basah.Ku lihat potret-potret keluarga yang tergantung di dinding rumahnya amat bahagia sekali dan aku paling tertarik pada potret di mana gambar kawanku sedang mengucup pipi ayahnya.Alangkah bahagianya jika aku dapat berada di tempatnya.
Abangku yang kedua juga cukup trauma dengan sikap ayahku.Dia yang belajar dalam jurusan undang-undang dan syariah di Mesir tidak dapat pulang ke tanah air selama empat tahun berturut-turut kerana tidak mempunyai wang yang cukup.Dia terpaksa menebalkan mukanya meminjam wang daripada rakan-rakan untuk meneruskan pengajian di sana.Baju-baju kuliah juga dipinjam daripada teman-teman serumah.Ayahku pernah berkata,dia tidak menyukai anak-anaknya belajar dalam jurusan yang membabitkan agama.Abangku tetap bersabar dan akhirnya dia berjaya menamatkan pengajiannya dengan cemerlang.
Aku sememangnya tidak mampu untuk memaafkan segala perbuatan beliau terhadap keluargaku.Tetapi kehadiran seorang hamba Allah sudah cukup untuk mengubah segala-galanya dalam hidupku.Sikap ayahnya juga seperti ayahku,bahkan ayahnya lagi teruk dari pandanagan mataku kerana aku sendiri pernah melihat kelakuan ayahnya.Ayahnya seorang kaki pukul,kaki minum,kaki perempuan dan akibat dari sikap ayahnya itu,adiknya mengalami tekanan jiwa yang melampau menyebabkannya menjadi gila.Walau sejahat mana sekalipun ayahnya,dia tetap memaafkan dan mentaati ayahnya.Dia selalu berpesan padaku,walau sejahat dan seburuk mana sekalipun seseorang ayah,syurga kita masih lagi ada padanya.Urusan dosa dan pahala adalah antara beliau dengan Allah.Biar Allah yang tentukan balasannya di akhirat nanti.Tugas kita sebagai seorang anak adalah hanya mentaatinya dan sentiasa mendoakan yang terbaik untuknya,barulah Allah akan memberi syurganya sebagai jaminan buat kita nanti.Aku cukup tersentuh mendengar segala nasihat darinya dan aku mula sedar yang aku juga telah melakukan kesilapan yang besar kerana tidak menghormati ayahku.Sungguh hebat hamba Allah ini.Walau sebesar mana sekalipun ujian yang menimpanya,dia masih lagi mampu bersabar dengan sikap ayahnya dan menunjukkkan contoh yang baik buat diriku.
Dia selalu menceritakan padaku tentang kisah seorang pemuda pada zaman dahulu di mana ibubapanya seorang yang sangat jahat sehingga Allah menurunkan balasan terhadap keduanya dengan mengubah mereka menjadi khinzir.Pemuda ini tidak pernah malu dan membenci keduanya bahkan pemuda inilah yang menjaga ibubapanya dengan baik.Setiap hari pemuda ini akan memandikan keduanya dan dilapkan tubuh keduanya.Selepas semuanya selesai,pemuda ini akan mencium ibubapanya itu walaupun telah bertukar menjadi sebegitu rupa.Setiap hari pemuda ini akan mendoakan kesejahteraan ibubapanya dan akhirnya Allah memberi pengampunan kepada ibubapanya disebabkan doa dari seorang anak yang soleh.Kisah ini ku jadikan pengajaran yang amat berguna buat diriku.Rupa-rupanya baruku sedar,tuhan hanya memberi ujian yang seringan kapas sahaja buatku ,itupun kurasakan beban seperti sebuah gunung yang yang menghempap diriku sedangkan ramai lagi insan-insan di luar sana yang lagi berat ujiannya daripadaku.Sungguhku menyesali perbuatanku ini.
Suatu hari aku diberitahu bahawa ayahku sakit tenat.Kami adik-beradik pergi melawat beliau di rumahnya.Di saat itu baru ayahku mengenali diriku setelah berpuluh tahun sudah berlalu.Ayahku yang terbaring sakit memanggilku dan memegang tanganku sambil menangis seperti anak kecil.Beliau meminta maaf daripadaku kerana dia merasakan dia paling berdosa terhadap diriku.Aku yang pada saat itu telah memaafkan dirinya turut mengalirkan air mata melihat tubuh ayahku yang tidak bermaya lagi.Selang seminggu selepas itu,ayahku pergi buat selama-lamanya dan kuharapkan ayahku dapat memaafkan segala kesilapanku terhadap beliau.Semoga rohnya tenang di sana dan dicucuri rahmat olehNya.Aku berasa amat tenang kerana beliau pergi tanpa ada lagi rasa dendam dalam diriku.Aku amat terhutang budi kepada hamba Allah yang telah banyak menyedarkanku itu.
Wahai hati,
Bila engkau memandang segalanya dari Allah,
Yang mempercepatkan segalanya,
Yang menimpakan ujian,
Yang menyebabkan sakitnya hatimu,
Membuatkan keinginanmu terhalang,
Pastinya damailah hatimu,
Kerana masakan Allah sengaja mentadbirkan segalanya dengan sia-sia,
Bukan Allah tidak tahu deritanya hidupmu,
Pecahnya hatimu,
Tapi mungkin itulah yang Dia mahu,
Kerana Dia tahu,
Hati yang sebegini lebih lunak dan lebih mudah untuk dekat denganNya.
Posted by eka at 10:09 PM 0 comments
Monday, March 8, 2010
minggu integriti..
Pada 25hb Februari 2009, bersempena minggu Integriti , Program Angkasawan Negara telah dijalankan untuk para pelajar Universiti Sains Islam Malaysia dari Kolej Kediaman Sutera Indah. Taklimat itu adalah sempena "Minggu Integriti 2009". Walaupun malam itu hujan dan taklimat diadakan diluar, ramai pelajar sanggup hadir untuk menyokong program mereka. Kami berinteraksi dengan baik pada malam itu. Apa yang penting ialah perkataan "Integriti" menjadi sebutan pada malam itu dengan harapan ia akan terpahat didalam hati dan tingkah laku para pelajar di sana. Saya berharap agar pelajar-pelajar USIM akan berjaya didalam pelajaran dan kerjaya masing-masing di masa hadapan.
Posted by eka at 4:48 PM 0 comments